Expedisi kali ini membawa penulis nun jauh ke Negeri Di Bawah Bayu membawa misi untuk menawan G12 bersama-sama 6 orang rakan pendakian yang diketuai oleh Saudara Shahrizan Rosdi, Ahmad Fikry, Din Penjejak Badai dari Perak, CT Clover tukang masak yang tak asing lagi untuk grup kami, Saudara Ravi dan penulis sendiri. Pada awalnya sepatutnya ekpedisi kali ini disertai oleh lebih ramai rakan pendakian tapi disebabkan oleh hal-hal yang tak dapat dielakkan, hanya kami berenam saja yang meneruskannya.
Sedikit Latar Belakang Gunung Tambuyukon
Gunung Tambuyukon yang terletak Sabah mempunyai ketinggian setinggi (8,462 kaki) dan merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi yang juga terletak di Sabah. Ia terletak di dalam Taman Negara Kinabalu di bahagian daerah Ranau dan seperti Gunung Kinabalu, gunung ini ditadbir oleh pihak Taman Kinabalu.
Mengikut satu metos yang diceritakan, Gunung Tambuyukon mendapat nama daripada kisah hidup seorang yang bernama Tam yang berbangsa Dusun. Pada suatu ketika dulu. beliau telah mengetuai pendakian ke puncak gunung ini dan untuk mengekalkan semangat pasukannya, dia sering mengatakan bahawa mereka sudah hampir sampai ke puncak. Tapi langkah demi langkah mereka masih belum jugak tiba-tiba di puncak (kami mengalami pengalaman yang sama). Tam seolah-olah menipu dan ahli kumpulannya kemudian memanggil gunung ini Tam Buyon (tipu dalam bahasa dusun) kerana sering tertipu dengan kata-kata Tam. Perubahan prosa kata telah berlaku sejajar dengan peredaran zaman dan akhirnya gunung disebut Gunung Tambuyukon sehingga kini.
Gunung Tambuyukon mempunyai hutan dipterokarp bukit, hutan montane dan hutan Ericaceous (hutan gunung) Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Satu laporan dari akhbar Berita Harian bertarikh 11/03/2010 ada menyatakan bahawa sekumpulan 52 penyelidik tempatan dan luar negara telah membuat penyelidikan saintifik di gunung itu selama dua minggu dan mereka telah berjaya menyelongkar 39 hasil penyelidikan meliputi kajian biologi, fizik, kimia dan sosiologi mengenai keunikan flora dan fauna serta sumber air di sepanjang laluan ke puncak Gunung Tambuyukon. Mereka telah menemui tiga spesies tumbuhan baru iaitu cendawan, paku-pakis dan begonia (spesies herba).
Penemuan itu dengan sendirinya membuktikan Gunung Tambuyukon memiliki khazanah biodiversiti yang tiada di lokasi lain dan penyelidikan berterusan perlu dijalankan di situ untuk kepentingan generasi masa depan.
Mendaki Gunung Tambuyukon dikatakan 10 kali ganda lebih mencabar jika dibandingkan dengan Gunung Kinabalu kerana tiada laluan khas pendaki yang dibina seperti di gunung tertinggi di Malaysia itu, selain ada kawasan berbatu lembut, laluan akar kayu dan pokok yang mudah tumbang menyebabkan pendaki perlu berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Pendaki juga perlu berhati-hati kerana banyak serangga berbisa di sepanjang pendakian.
Penemuan itu dengan sendirinya membuktikan Gunung Tambuyukon memiliki khazanah biodiversiti yang tiada di lokasi lain dan penyelidikan berterusan perlu dijalankan di situ untuk kepentingan generasi masa depan.
Mendaki Gunung Tambuyukon dikatakan 10 kali ganda lebih mencabar jika dibandingkan dengan Gunung Kinabalu kerana tiada laluan khas pendaki yang dibina seperti di gunung tertinggi di Malaysia itu, selain ada kawasan berbatu lembut, laluan akar kayu dan pokok yang mudah tumbang menyebabkan pendaki perlu berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Pendaki juga perlu berhati-hati kerana banyak serangga berbisa di sepanjang pendakian.
25hb Oktober 2011
Perjalanan penulis bermula seawal 6.15 pagi bergerak dari rumah menuju ke KL Sentral berjumpa dengan seorang lagi pendaki iaitu Ahmad Fikry untuk sama-sama ke LCCT dengan menaiki bas. Sebaik saja tiba di KL Sentral, penulis menerima sms dari Ahmad Fikry menyatakan bahawa beliau sudah pun berada di LCCT bersama-sama seorang lagi pendaki iaitu Din Penjejak Badai. Jam sudah menunjukkan hampir jam 7 pagi. Khuatir kalau-kalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas disebabkan hari ini adalah merupakan hari bekerja, penulis bergegas menuju ke perhentian bas KL Sentral. Tepat jam 7 pagi. Bas mula bergerak dari KL Sentral dan satu jam kemudian penulis tiba di LCCT dan bergabung dengan dua lagi pendaki. Setengah jam kemudian CT Clover pun menunjukkan muka dan kami berempat terus menuju ke bahagian bagasi dan kaunter daftar masuk. Situasi agak kelam kabut ketika ini disebabkan kami telah kesuntukan waktu. Flight kami berlepas tepat jam 9.35 pagi dan 11.55 pagi kami mendarat dengan selamat di Terminal 2, Kota Kinabalu untuk bersama-sama dengan Shahrizan dan Ravi yang telah terlebih dahulu tiba dengan penerbangan yang lebih awal.
Setelah semua berkumpul dan menikmati makanan tengahari di Terminal 2, kami mula mengangkat barang-barang kami ke atas van yang telah disediakan menuju ke Taman Kinabalu untuk proses pendaftaran peserta dan menukar kenderaan dari van ke 4WD untuk ke Sub Stesyen Kg Monggis. Kami singgah di Bandar Kota Kinabalu untuk membeli segala barang-barang keperluan untuk pendakian kami di KK Shop. Hujan mulai turun renyai-rentai dan tepat jam 3 ptg, kami mula bergerak ke Kinabalu Park dan tiba di sana jam 4.45 ptg.